Pengenalan
Solekan thriller terinspirasi daripada genre ngeri atau seram. Gaya solekan ini sering digunakan untuk menaikan lagi gaya misteri, dramatik atau menyeramkan. Beberapa elemen digunakan bagi memberi impak yang 'wow' iaitu darah palsu, kesan luka, kesan lebam. Warna juga memainkan peranan penting untuk menonjolkan lagi element thirller. Contoh warna yang sering diguna adalah merah gelap, ungu gelap dan hitam. Pada umumnya make up thriller ini memberi fokus pada bahagian mata. Penggunaan eyeshadow yang gelap , eyeliner yang tajam serta bulu mata palsu yang tebal sering digunakan untuk memberi efek yang dramatik dan menakutkan pada mata. Pemakaian kanta lengkap yang bersesuaian dengan tema solekan ini juga sangat membantu dalam menaikan lagi solekan thriller ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, make up thriller adalah gaya solekan yang terinspirasi daripada genre thriller atau horror. Gaya ini merangkumi elemen-elemen dramatik dan menakutkan untuk memberi impak yang misteri dan seram. Beberapa elemen umum dalam makeup thriller melibatkan mata yang dramatik dengan eyeshadow gelap, eyeliner tajam, dan bulu mata palsu tebal. Warna gelap seperti hitam, merah gelap, atau ungu sering digunakan untuk menciptakan efek misteri disekitar mata atau bibir. Penggunaan darah palsu, efek luka, serta kontur dan highlighter yang menonjol dapat menambahkan lagi unsur seram pada penampilan keseluruhan. Bibir yang diwarna juga merupakan ciri khas untuk gaya ini. Makeup thriller mampu membuka peluang kepada individu untuk menerokai kreativiti mereka melalui seni solekan ,dimana solekan ini sering kali digunakan dalam majlis yang bertemakan horror atau dalam perfileman negara.
Comments
Post a Comment