SWEET FLORAL dan LUKA KEMALANGAN
Pengenalan
"Makeup floral" bukanlah merujuk pada istilah yang umum digunakan dalam dunia kecantikan atau kosmetik. Namun, jika mencari informasi tentang trend atau gaya solekan yang terinspirasi oleh bunga atau motif bunga, mungkin istilah yang lebih tepat adalah "floral makeup" atau "flower-inspired makeup". Floral make up adalah gaya solekan yang menggunakan elemen-elemen atau motif bunga dalam solekan. Namun hal ini boleh merangkumi penggunaan warna yang terinspirasi daripada bunga itu sendiri. Contohnya, merah mawar, ungu lavender, atau jingga matahari.
Solekan thriller terinspirasi daripada genre ngeri atau seram. Gaya solekan ini sering digunakan untuk menaikan lagi gaya misteri, dramatik atau menyeramkan. Beberapa elemen digunakan bagi memberi impak yang 'wow' iaitu darah palsu, kesan luka, kesan lebam. Warna juga memainkan peranan penting untuk menonjolkan lagi element 'thriller'. Contoh warna yang sering diguna adalah merah gelap, ungu gelap dan hitam. Pada umumnya make up thriller ini memberi fokus pada bahagian mata. Penggunaan eyeshadow yang gelap , eyeliner yang tajam serta bulu mata palsu yang tebal sering digunakan untuk memberi efek yang dramatik dan menakutkan pada mata. Pemakaian kanta lengkap yang bersesuaian dengan tema solekan ini juga sangat membantu dalam menaikan lagi solekan thriller ini.
Comments
Post a Comment