Beauty Treatment

Jenis kulit,ciri-ciri kulit dan masalah kulit


Kulit Berminyak

Kulit berminyak adalah punca daripada lebihan sebum yang biasanya muncul sebagai tompok berkilau pada bahagian T zone iaitu dahi dan hidung.Pori-pori yang semakin besar dan kulit semakin menebal.Bagi kulit berminyak yang teruk ia mampu dilihat ketika mnyentuh kulit muka.

Masalah bagi mereka berkulit minyak ini adalah sering ditakluki oleh "pendatang tanpa izin" iaitu jerawat dan pertumbuhan komedon(black head dan white head).


Kulit Kering

Menurut statistik, 1 daripada rakyat 5 Malaysia mengalami masalah kulit kering yang mengelupas dan bersisik.Antara ciri kulit kering adalah kulit merekah, mengelupas dan mudah dinaiki jeragat .Walaubagaimanapun kita perlu lihat faktor yang menyebabkan kulit kering. Antaranya kurang minum air,keadaan cuaca yang sejuk,jenis kulit yang senstif atau keadaan kesihatan seperti ekzema.

Antara masalah yang sering dilihat adalah:-

*kulit rasa tegang

*kulit kasar dan nampak kering

*kulit bersisik

*kulit mudah terkopek dan berdarah

*kulit merekah

*Kulit menjadi kemerahan 

*kulit kelihatan kusam


Kulit Normal

Kulit normal ialah merujuk kepada kulit yang seimbang.Seimbang dari segi kandungan air dan minyak pada muka.Antara ciri-ciri kulit normal ialah:-

*memiliki pori yang kecil.

*tidak terlalu sensitif

*mempunyai tekstur kulit yang anjal

Bagi mereka yang berkulit normal jarang mempunyai masalah kulit muka..


Kulit Sensetif

Kulit sensetif adalah kulit yang mengalami alergi atau ruam kemerahan yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti pemakanan,persekitaran atau penggunaan bahan kimia dalam kehidupan seharian.Antara ciri yang dapat dilihat adalah kulit menjadi mengelupas dan menimbulkan ruam kecil kemerahan.


Kulit Kombinasi

Kulit kombinasi adalah gabungan dari bebrapa jenis kulit.Ciri kulit kombinasi adalah terdapat tompokan minyak pada sebahagian kulit muka selalunya terjadi pada T zone dan bahagian lain seperti pipi mungkin mengalami kulit kering atau sensetif.Antara masalah yang dihadapi adalah pori besar,komedo.


Kulit Matang

Kulit matang adalah kulit orang yang sudah meningkat usia kerana faktor penurunan kolegen kulit.Hal ini juga menyebabkan elastin kulit tidak lagi anjal.Kebiasaannya kadar penurunan kolegen ini berlaku pada wanita umur 30 tahun dan keatas ia juga bergantung kepada faktor persekitan.Antara ciri yang dapat dilihat pada kulit jenis ini adalah kedutan pada wajah mula kelihatan,pipi mula jatuh dan bibir mula kecut.



Comments

Popular posts from this blog

Halloween