Posts

Showing posts from December, 2023

The Real Fauna

Image
  PENGENALAN Face painting adalah seni solekan wajah seseorang dengan menggunakan arclyic khusus untuk memberi pelbagai efek dan maksud solekan itu sendiri. Biasanya, face painting dilakukan dalam konteks hiburan, perayaan, atau acara khas seperti majlis kelahiran, festival, atau perayaan kostum. " Face painting " bukanlah merujuk pada istilah yang umum digunakan dalam dunia kecantikan atau kosmetik. Namun, jika   mencari informasi tentang trend atau gaya solekan yang terinspirasi oleh haiwan atau motif fauna, mungkin istilah yang lebih tepat adalah " real fauna " atau " fauna-inspired makeup ". Fauna make   up adalah gaya solekan yang menggunakan elemen-elemen atau motif haiwan dalam solekan. Namun hal ini boleh merangkumi penggunaan warna yang terinspirasi daripada haiwan itu sendiri.   Gambar Kesimpulan Trend solekan sering berubah mengikut perkembangan semasa. Selain itu teknik juga mempunyai pelbagai jenis. Jika anda tertarik dengan solekan sepert

Halloween

Image
  Pengenalan Solekan Halloween memberikan peluang untuk berkarya dengan penampilan yang kreatif, unik, dan menakutkan. Selain itu, solekan ini merujuk kepada solekan kesan khas atau SFX bagi merayakan dan memeriahkan perayaan Halloween . Perayaan Halloween ini juga turut dikenali dengan kostum-kostum yang kreatif, misteri dan seram bagi meraikan perayaan tersebut, Oleh itu, solekan Halloween ini melibatkan solekan yang unik, menakutkan dan berfantasi mengikut kesuaian karakter yang dipilih. Solekan Halloween juga turut menggunakan beberapa elemen seram seperti luka palsu, kesan torehan dan darah palsu bagi menaikan sesuatu solekan Halloween mengikut karakter yang bersesuaian seperti vampire, zombie atau makhluk-makhluk seram yang lain. Sebelum Selepas Kesimpulan Kesimpulannya, kepentingan solekan Halloween adalah untuk memberikan tranformasi visual yang berkesan, bagi menampakkan sesuatu karakter yang dibawa oleh si pemakai kostum. Selain itu, individu yang ingin mengenakan soleka

Floral 3D

Image
  PENGENALAN Solekan 3D floral adalah salah satu solekan yang bertemakan tumbuhan bunga. Solekan ini sering menjadi perhatian pada majlis sambutan ulang tahun mahupun majlis yang tidak formal. Selain itu, gaya solekan ini membawa tema bunga timbul. Tambahan pula, gabungan warna yang betul juga sangat memainkan peranan penting bagi memastikan penampakan 3D untuk bunga yang bakal dilukis. Untuk menampakan timbul pada bunga tersebut, teknik dwi warna pada berus turut digunakan. Dibawah saya lampirkan gambar laporan yang dihasilakan melalui teknik yang saya sebutkan itu. Sebelum   Selepas Kesimpulan Solekan 3D bertujuan menciptakan dimensi dan kedalaman pada wajah, menghasilkan solekan yang lebih dramatik dan artistik. Shading dan highlight menjadi elemen kunci dalam solekan 3D. Shading digunakan untuk memberi tampakan runcing mahupun kecil, manakala  highlight digunakan untuk memberi tonjolan pada bahagian tertentu. Teknik dwi warna pada berus juga sangat dititikberatkan untuk memberi